Rabu, 5 Ogos 2009

Islam Dan Hukumnya

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan janganlah kamu benci membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pulau memulaukan sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara”.

Riwayat Muslim

Huraian
1. Islam telah meletakkan hukum yang sesuai bagi kehidupan manusia
2. Matlamat hidup manusia untuk mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat
3. Keharmonian hidup dapat menjamin rahmat Allah berkekalan dan sebagai tanda betapa cantiknya Islam jika dihayati sepenuhnya

0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates