Khamis, 14 Januari 2010

Panas Yang Membara

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, rasulullah s.a.w bersabda:”Apimu di dunia ini sepertujuh api neraka”. Ada seseorang berkata:”Keadaannya sudah mencukupi”. Baginda bersabda:’Ditambah lagi dengan enam puluh sembilan kali panasnya dari api neraka.”

(al-Bukhari)

Huraian
“Ia (neraka) mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu).” (al-Hijr :44)

Diriwayatkan bahawa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi s.a.w memintanya untuk menjelaskan keadaan neraka. Jibril menjawab: "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, dan pintu-pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu celah api. Pada setiap celah ada tujuh puluh ribu peti mati dari api, dan setiap peti berisi tujuh puluh ribu jenis azab”. Demikianlah keadaan neraka. Betapa kepanasan dan azabnya begitu membara. Dengan itu selaku manusia yang beriman hendaklah kita insaf akan kedudukan kita sekarang. Dimanakah tempat kita di akhirat kelak? Syurga atau neraka, kerana sesungguhnya perjalanan akhirat itu tersangat jauh sedangkan bekalan kita teramat sedikit. Masihkah kita memandang remeh ancaman siksa neraka? Lantas membiarkan diri kita lalai dengan kesenangan dunia yang sementara ini?
blog comments powered by Disqus

Template by:
Free Blog Templates