Khamis, 30 Julai 2009

Kolam al-kauthar

Hadith :
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam syurga, kedua-dua tebingnya adalah daripada emas, aliran airnya di atas mutiara dan yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum dari kasturi dan airnya lebih manis dari air madu dan lebih putih dari salji.”

(Tirmidzi)

Huraian
1. Di dalam syurga terdapat kolam air bagi tiap-tiap seorang Nabi untuk diminum oleh umat masing-masing.
2. Kolam al- Kauthar adalah antara kolam tersebut yang wajib diketahui serta dipercayai dan diakui benarnya oleh seluruh umat Islam.
3. Ia dinamakan kolam al-Kauthar kerana airnya adalah dari air sebatang sungai di syurga yang bernama “al-Kauthar” yang dikurniakan Allah SWT khas kepada Nabi Muhammad SAW.
4. Air kolam tersebut hanya dapat diminum oleh penduduk syurga yang terdiri daripada umat baginda di mana sesiapa yang dapat minum dari kolam tersebut tidak akan merasa haus selama-lamanya sedangkan minuman itu pula rasanya sungguh lazat berbanding dengan segala minuman yang terdapat di dunia ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates