Khamis, 30 Julai 2009

Wajib Beriman Kepada Qadak Dan Qadar

Hadith :
Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.

Riwayat Muslim dan Tirmizi

Huraian
1. Kita semua wajib beriman kepada qadar dan qadar kerana ia rukun iman
2. Beriman kepada qadar takdir ialah berusaha menjalankan segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t pada azali serta diputuskan hukum berjalannya apa yang ditetapkan itu.
3. Allah Taala telahpun memutuskan dan menetapkan bagi tiap-tiap satu natijah ada pendahuluannya, dan bagi tiap-tiap suatu musabab ada sebabnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya
4. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab , pendahuluan dan jalan yang mencapainya yang ditetapkan dan ditentukan oleh Allah bermakna ia kufur, tidak beriman kepada Qadar taqdir dan Qadha yang azali

0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates