Isnin, 7 September 2009

Allah mencabar penyair orang kafir

assalamualaikum

hari ni saya seperti biasa akan membacakan kitab tafsir pada setiap pagi selepas subuh di surau berdekatan kediaman saya. Kali ini tajuknya dan pengertiannya sangat menarik di mana Allah mencabar kepada mereka yang mengatakan bhawa Al quran merupakan karangan puisi buatan Nabi Muhammad s.a.w supaya membuat sendiri karangan mereka sendiri sama ada setanding tak dengan Al quran yang kita tau merupakan Kalamullah dan bukannya karangan nabi junjungan kita nabi Muhammad. Allah mencabar mereka yakni orang kafir ketika itu supaya mengumpulkan penyair-penyair hebat mereka supaya membuat walaupun satu surah untuk menandingi kehebatan Al quran yang bagi kita tiada tolok bandingnya dengan semua bhan ilmiah yang kita boleh perolehi di kedai buku dan super market. Allah memberi jaminan bahawa hasil yang bakal mereka memiliki pastinya tidak akan mampu menandingi kehebatan yang ada dalam kandungan Al- quran. kita sebagai mereka yang beriman dengan kitab Allah perlu yakin beriman dengan hati dan lidah bahawa kalamullah ini merupakan datangnya dari Allah dan diturunkan beperingkat2 kepada junjungan besar nabi kita supaya bersesuaian dengan situasi dan keadaan ketika itu.
Bagaimana mereka boleh tergamak mengatakan bahawa nabi Muhammad mengarang sendiri surah dan Al quran untuk menipu penduduk Mekah ketika itu memasuki agama islam adalah tidak logik bagi nabi MUhammad yang kita sedari merupakan sorang yg buta huruf mampu mengarang dan menciptakan kalimah yang sungguh mulia dan ini merupakan hikmah kejadian Allah kepada nabi Muhammad kerana Allah sedar bahawa slah anggap mengenai perkara ini akan timbul kemudian hari.
Melalui pengamatan kita jelas kita melihat bahawa Al Quran itu sendiri fleksibel dgan zaman yang mna pelbagai informasi yang ada dalamnya baru kita perolehi pada zaman ini seperti mana hasil kajian yang diperolehi oleh ahli saintis zaman ini. justeru, kita sebagai orang beragama Islam kena la sentiasa memnajatkan syukur kerana memperolehi nikmat yang besar kerana dipilih Allah untuk menganuti agama Islam sedangkan bangsa dan kaum lain masih lagi tercari-cari identiti diri dan ada yang mula mempertikaikan agama sembahan mereka sendiri.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini disamping dengan hari Nuzul Al quran pada hari ini marila kita bersama menyingkap tabir iman kita berapa bnyak kita beramal untuk diri kita dan apa yang telah kita lakukan untuk agama islam kita. Bagi yang sudah terlajak jauh dari agama bersama-sama kita berpatah balik dengan kehidupan kita yang sebenar kerana disitu merupakan kedamaian dan keamanan jiwa yang ingin kita miliki.
Semoga kita semua dapat sentiasa bermuhasabah diri.
wasalamualaik
blog comments powered by Disqus

Template by:
Free Blog Templates