Isnin, 14 September 2009

Laitul Qadar



Assalmualaikum kpd semua sahabat2 sekalian

sekadar untuk berkongsi kepada sahabat-sahabat sekalian harapnya masih tidak lagi lambat untuk sya berkongsi dengan sahabat mengenai lailatul qadar yang merupakan malam yg penuh berkah kerana amalan kita bagi yang menjumpai lailatul qadar adalah sama ganjaran dengan beribadat selama 1000 bulan yang mana merupakan nikmat yg besar bagi umat nabi Muhammad s.a.w yg tidak diberikan kepada umat terdahulu.

Ini merupakan nikmat pemberian dari Al- khaliq kepada kita umat nabi Muhammad disebabkan umur kita yang berbeza berbanding dengan umat nabi2 terdahulu yang boleh mencecah ratusan tahun.

Alhamdulillah baru-baru ini sya mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz di jabatan agama mengenai lailatul qadar yang menyuruh kepada semua pekerja supaya seboleh-bolehnya cari la keberkatan yang boleh diperolehi pada malam tersebut. Di dalam Hadis banyak menceritakan mengenai kelebihan dan fadhilat yang ada dalam malam laitul Qadar. Kehebatan malam ini terserlah dengan kewujudan surah khas yang menceritakan mengenai malam berkah ini iaitu surau al- Qadr
ini merupakan tafsir surah tersebut:-

Al-Qadr
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar
itu?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Ustaz menasihat supaya berusahala mendapatkan malam tersebut mengikut pendapat2 ulama yang mengatakan berdasarkan hadis bahawa lalitul qadar pada 10 malam terakhir dibulan ramadhan dan lebih memfokuskan pada malam ganjil.
Sekiranya malas, berusaha la pada malam ke 27 kerana merujuk kepada surah Al Qadr mengandungi 30 kalimah dan kalimah ke 27 merujuk kepada malam lailatul qadar. Sahabat2 bole mengira kalimah yang ada dalam surah ini sebagai bukti dan memang tepat pada kalimah yg ke 27 merujuk kembali malam lailatul qadar pada kalimah هِيَ
WaAllahualam

blog comments powered by Disqus

Template by:
Free Blog Templates