Hadith :
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a: Harits bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah! Bagaimana wahyu Allah SWT diturunkan kepada mu?” Rasulullah SAW menjawab:” Kadang-kadang ia diturunkan seperti bunyi sebuah loceng. Dari berbagai-bagai cara wahyu diturunkan, cara inilah yang paling berat dan kemudian suara (loceng) itu menghilang setelah aku menerima wahyu itu. Kadang-kadang malaikat menemui ku dalam keadaan wujud seorang lelaki dan berbicara kepada ku dan aku mengingati apa yang ia katakan. Aisyah r.a menambah: “ Ketika nabi SAW sedang menerima wahyu pada suatu hari yang dingin aku melihat peluh berjatuhan dari dahinya hingga wahyu itu selesai diturunkan Allah SWT.”
(al-Bukahri)
Huraian
An–Nawwas bin Sam’an r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah, bersabda maksudnya: “Apabila Allah SWT hendak mewahyukan perintahnya, maka Dia firmankan wahyu tersebut, dan langit-langit bergetar dengan kerasnya kerana takut kepada Allah, dan ketika para malaikat mendengar firman tersebut mereka pengsan dan bersujud, dan di antara mereka yang pertama sekali bangun adalah Jibril, maka Allah sampaikan wahyu yang dikehendaki-Nya kepada Jibril melewati para malaikat dan langit. Maka para penghuninya bertanya kepadanya : “Apa yang telah Allah firmankan kepada mu ?”, Jibril menjawab : “Dia firmankan yang benar, dan Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dan seluruh malaikat yang ia lewati bertanya kepadanya seperti pertanyaan pertama, demikianlah sehingga Jibril menyampaikan wahyu tersebut sesuai dengan yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya.” Rasulullah SAW menerima wahyu pertamanya di Gua Hira’. Ketika itu baginda berusia 40 tahun Pertama kali menerima wahyu baginda merasa sungguh takut dan gementar. Saidatina Khadijahlah yang menenangkan baginda dengan katanya: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan diri mu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hati mu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”. Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. Begitulah setiap kali menerima wahyu yang datang dalam berbagai-bagai keadaan. Wahyu ini turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini kemudiannya dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran
Malacca River Cruise Ticket Price
9 jam yang lalu