Memaparkan catatan dengan label ibadah (korban). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibadah (korban). Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2009

Orang Berkemampuan Dituntut Untuk Berkorban

Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: Sesungguhnya sudah menjadi kewajibanku berkorban seekor unta dan aku orang kaya tetapi aku tidak dapat mencari unta untuk dibeli. Orang itu diperintahkan oleh Nabi s.a.w. supaya membeli tujuh ekor kambing lalu disembelihnya”

(Ahmad dan Ibnu Majah)

Huraian
1. Ibadat korban adalah salah satu suruhan agama yang telah disyariatkan dalam Islam, oleh itu bagi mereka yang berkemampuan untuk berkorban, maka hendaklah berkorban demi melaksanakan syariat tersebut.
2. Keutamaan binatang korban dimulai daripada unta, jika tidak ada unta berkorbanlah dengan lembu, jika tidak ada lembu berkorbanlah dengan tujuh ekor kambing.
3. Korban yang paling sedikit ialah seekor kambing iaitu untuk seorang, manakala seekor unta atau lembu pula adalah untuk tujuh orang.

Jumaat, 31 Julai 2009

Masa Untuk Berkorban

Hadith :
Dari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin”.

(al-Bukhari)

Huraian
1. Masa atau waktu penyembelihan korban itu ialah selepas menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha.
2. Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang, maka penyembelihan itu hanya untuk dirinya sendiri dan bukanlah termasuk dalam ibadat korban.
3. Manakala sesiapa yang menyembelih selepas sembahyang Aidil Adha, maka ia telah menyempurnakan korbannya dengan mengikut sunnah.
4. Ibadat korban hendaklah dilakukan pada musim haji, menurut Imam Syafie. Waktu penyembelihannya ialah pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik, iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

Binatang Korban

Hadith :
Dari Jabir r.a. katanya: “Kami menunaikan Haji bersama Rasulullah s.a.w. maka kami sembelih seekor unta buat tujuh orang, dan seekor lembu buat tujuh orang”.

(Ahmad dan Muslim)

Huraian
1. Korban bermakna menghampirkan diri atau mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dengan menyembelih binatang korban untuk disedekahkan dagingnya kepada golongan fakir miskin.
2. Syarat-syarat binatang ternakan untuk ibadat korban adalah terdiri daripada binatang-binatang seperti unta, lembu, kambing atau kibas, yang umurnya dua tahun serta sihat dan tidak cacat.
3. Korban bagi seekor unta atau lembu adalah untuk tujuh orang, manakala kambing adalah untuk seorang.

Khamis, 30 Julai 2009

Template by:
Free Blog Templates